Seumur hidup, sya x pernah ckp "Sya Sayang Mama" atau ayat2 yang sewaktu dgnnya jadi dia mungkin ingat sya ni jenis anak yg x suka tunjukkan perasaan. Mungkin bg org dewasa, sya mmg mcm 2.. Jrg berckp n jrg tunjuk emosi. Membesar dgn senyap dn hdup dgn biasa2 je. Biasanya sya pendem je perasaan sya. Selalu tunjuk muka x peduli, berdiri d satu sudut dan pndang sekeliling. Adakalanya ibu menangis bila tgk drma sedih. Masa 2 sya akn gelakkn dia. Tp, sebenarnya x seorang pun tahu sya lg la sedih n rasa nk meraung2 menangis. emmm.. lucu kn.. tp, e2 la realitinya..seingat sya, dulu syalah yg paling akrab dgn mama, tp bila dh meningkat dewasa, sya jrg berada d sisi mama atau mendengar masalah dia. Malah sya buat endah x endah je bila dia beritahu sya yg dia x berapa sihat. Selalunya bila dia beritahu sya yg dia x sihat sya cuma mengurut urut ringan ja bhgian yg x selesa 2 dgn ala kadar je dn menyuruhnya jgn melakukan kerja2 berat. Tapi, sebenarnya jauh d lubuk hati, perasaan bimbang mula bermaharajalela. Spnjang waktu 2, sya x tahu btpa menderitanya mama kerana anak yg x sensetif mcm sya ni.
Ramai org kata anak adalah spt burung. Bila sayap mereka sudah cukup kuat, mereka akan terbang meninggalkn rumah. Dulu sya x senang bila mama tanya ttg keadaan sya sbb sya rasa e2 soalan yg remeh dan sya rsa dah cukup besar utk menjaga diri sendiri.
Pada waktu mlm apabila cuaca bertukar menjadi semakin dingin, mama akan sediakan selimut dan tilam tebal utk sya. Sya teringat zaman kecil sya. Mama bagaikan payung besar buat Sya. Dia akan sentiasa lindungi sya dr hujan dan panas. Setiap kali sya buat masalah, sya akan sorok d belakang mama. Sya tarik bajunya dan dia akan selesaikan mslh itu utk Sya. Bila sya dewasa, stp kali sya berdpn masalah sya masih trus memikirkn dia. Dlm hati, sya bertanya, "Mama, apa patut saya buat?", "Tolong saya!" Ketika e2la sya sedar, sya membesar dgn begitu pntas. Seseorg pernah kata, bila kita dewasa ketika itulah ramai org akn tinggalkn kita. Jadi akhirnya, kita semua akan keseorgan. sama spt keadaan kita semasa lahir dulu.
Hidup kita berpusing mcm roda. Kita terpaksa lepaskan banyak benda. Mungkin apa yg kita ada skrg hanya utk waktu ni ja. Sekurang kurangnya pda detik ini kita rasa gembira dan mengecapi kebahagiaan. Esok lusa, siapa tahu apa yg akan trjadi kpd kita. Kita mesti cukup berani utk mencintai dan dicintai, Jd, kta xkn hidup dlm penyesalan. Ibu, akhirnya saya faham maksud "kuat" yg sebenar iaitu memiliki keberanian utk menunjukkan perasaan kita yg sebenar dan memiliki kebolehan utk menyayangi orang yg kita sayangi.
Sekarang sya ingin menunjukkn kpd dunia tiada perkataan yg lebih tpt utk menunjukkn kasih syang saya kepada mama. "Saya Sgt Syg Mama skrg dn selamanya..."
Selamat Hari Ibu, Mama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan